Tuesday, October 5, 2010

Baju Kelawar






Baju kelawar banyak juga permintaannya. Pemakaiannya mudah dan kainnya juga tidak panas apabila dipakai. Untuk yang berbadan agak besar cukup selesa bila memakainya. Kainnya juga tidak jarang dan agak sopan. Berikut adalah contoh-contoh baju kelawar yang dijual di kedai CekLee Collection. www.tips-fb.com

Monday, October 4, 2010

Produk Terbaru di CekLee Collection










Pada masa ini, pakaian potongan kaftan sedang hangat di pasaran. Terdapat yang top sahaja dan juga ada yang labuh seperti maxi yang lebih elegen dan memberi gaya yang lebih menonjol kepada pemakai. CekLee Collection pada masa ini menumpukan pada kaftan top seperti gambar di atas. Terdapat yang berlengan dan juga ada yang potongan terus dari kain empat segi. Gambar-gambar di atas cuma contoh-contoh sahaja kerana corak dan kain yang digunakan oleh CekLee Collection adalah berlainan. Post yang akan datang kami akan sertakan gambar-gambar kaftan dari CekLee Collection.

Pakaian jenis kaftan ini sesuai untuk semua jenis potongan badan. Pada yang berbadan agak ramping terdapat rekabentuk yang menyediakan tali di pinggang untuk diikat supaya pemakai kelihatan lebih kemas. Memakai kaftan ini boleh dibuat secara pakaian luar sekiranya pakaian asas yang dipakai seperti t'shirt agak kelihatan terlalu ringkas. Sarungkan saja kaftan ini dan sekelip mata penampilan anda lebih elegen dan nampak lebih menarik. Saya pasti pemakainya juga akan berasa lebih feminin dan bergaya. Sekiranya berada di tempat yang agak sejuk seperti panggung wayang atau pejabat, mahukan kelainan selain dari memakai selendang atau jaket, sarungkan saja kaftan ini. Membuka dan menyarungkannya juga amatlah mudah dan ia akan tetap dibadan tidak seperti selendang yang perlu dibetulkan kedudukannya. Selamat mencuba. www.tips-fb.com