Monday, January 4, 2010

Trend `Shaggy Rug'

Pada masa ini permintaan ke atas shaggy rug begitu hangat. Permaidani berbulu tebal ini terdapat di dalam berbagai warna dan tekstur material. Warna-warna yang disulam pada permaidani ini membuatkan ianya begitu cepat untuk menarik hati pembeli. Biasanya shaggy rug ini mempunyai warna contrast yang terang dan amat sesuai untuk menaikkan seri ruang tamu atau bilik yang agak muram, selain dari tekstur yang lembut dan begitu asyik bila disentuh.
Kedai CekLee Collection telah mula menjual shaggy rug ini dan sambutannya juga amat baik. Walaupun harganya lebih sedikit dari tikar buluh yang telah lama bertapak di dalam pasaran.

Kebanyakan ruang yang dihias dengan tema kontemparori akan lebih sesuai dengan penggunaan shaggy rug ini. Sekiranya membuat tinjauan pasaran, terdapat beberapa jenis shaggy rug yang diperbuat dari material yang berbeza. Buatlah perbandingan dalam pemilihan material shaggy rug ini dengan merasainya sendiri. Sentuhan kita sendiri akan dapat membezakan shaggy rug yang mana sesuai untuk kita.

Pada masa ini, shaggy rug di kedai CekLee Collection hanya dijual di outlet Giant Plentong, Johor sahaja.



www.tips-fb.com

1 comment:

  1. lawa le nak nak ..huhuhu
    tapi panas tak kalau duduk atas mende tu

    ReplyDelete