Monday, December 28, 2009

Warga Asing Bermaharajalela Berniaga Tanpa Gangguan


Petikan dari Akhbar Harian Metro, Isnin, 28 Disember 2009:

e-mel anda: Peniaga warga asing di Kulai ‘melampau’

SAYA tidak tahu lagi di mana hendak membuat aduan. Saya sudah pergi ke Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Kulaijaya, namun tiada tindakan diambil ke atas peniaga warga Bangladesh di Taman Putri, Kulai, Johor.

Mereka mengganggu perniagaan saya sebagai seorang warga tempatan. Saya percaya mereka dilindungi pihak tertentu dan ini membuatkan mereka semakin berani kerana sudah lama tinggal di Kulai.

Ada di antara mereka membuka perniagaan menggunakan nama isteri warga tempatan, tetapi menggaji warga asing. Lebih menghairankan saya, ada warga asing boleh membuka perniagaan walaupun berstatus bujang di Malaysia dan membawa saudara-mara mereka bekerja bersama.

Saya percaya ada pihak tertentu membantu mereka menjalankan perniagaan dengan menyalahgunakan visa. Sebagai rakyat Malaysia, adakah ini adil dan adakah saya sebagai rakyat tempatan harus mengemis di negara sendiri?

Lebih mengecewakan, segelintir rakyat tempatan lebih suka melindungi warga asing daripada warga tempatan sendiri. Warga asing membantu sesama mereka membuka perniagaan dan bersama mencuba menutup perniagaan warga tempatan dengan membuat pelbagai aduan palsu kepada pihak berkuasa.

Pada masa sama, mereka bermaharajalela melanggar undang-undang Malaysia. Di mana keadilan saya sebagai warga tempatan dan adakah sebagai seorang rakyat tempatan saya tiada mempunyai hak untuk bersuara?

Untuk mengesahkan apa yang saya nyatakan, turunlah ke Kulai, Johor dan lihat sendiri aktiviti warga asing. Di situ kedai yang diusahakan warga asing tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

PENIAGA KESAL,
Kulai, Johor.

-Harian Metro, Isnin, 28 Disember 2009-

Komen:

Kekesalan `peniaga kesal' dari Kulai, Johor ini dapat dirasai oleh semua peniaga bumiputera di seluruh Malaysia. Depan mata kita sendiri, kita boleh lihat mereka monopoli produk-produk tertentu di pasaran seperti tekstil, tikar, permaidani, perabot dan banyak lagi. Malahan tapak-tapak perniagaan juga dimonopoli oleh warga asing ini secara konsisten. Menjadi lebih kesal apabila wanita tempatan digunakan sebagai penama untuk perniagaan ini bagi membolehkan mereka bertapak dan membawa masuk selagi ada orang kampung mereka ke Malaysia. Hypermarket besar juga menggalakkan mereka ini walaupun kononnya selalu mengadakan promosi belilah barangan buatan Malaysia. Tidak perlu diberitahu Hypermarket yang mana, kita sendiri boleh tengok siapa paling ramai berniaga di situ. Suku sakat mereka juga. Pada pihak berkuasa yang rasa diri mereka mahu senang dengan cara membantu mereka ini, harap dapat sedarlah dari sekarang agar hak kita dan peluang yang ada, tidak tergadai dan tidak dapat dikembalikan semula lagi. Kita sudah hilang peluang di Jalan Tunku Abd Rahman dan Cow Kit pada orang asing. Sungguh malang nasib bumiputera di negara sendiri, selalu dimomokkan tidak rajin berusaha dan tidak merebut peluang. Sebenarnya apa juga nilai yang ada pada warga asing ini ada pada bumiputera dan juga semangat juangnya dalam perniagaan ini. Cuma peniaga bumiputera ini rasa teraniaya kerana mereka telah dikhianati oleh bangsa mereka sendiri kerana mahu cepat kaya dan mahu senang dengan jalan mudah. Adakah semua ini akan melemahkan semangat kami peniaga bumiputera? Tidak sama sekali! Seratus peratus percaya rezeki datang dari Allah SWT, dan selagi kita berusaha dengan ikhlas, jujur dan bijaksana, peluang itu tetap ada....Insyaallah.
www.tips-fb.com

Tuesday, December 22, 2009

Pelaburan RM26j Lebur


Petikan dari Akhbar Harian Metro 22 Dis 2009

Pelaburan RM26j lebur
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dengan memperkenalkan pelaburan berkonsepkan ‘makan dan untung’, sebuah restoran terkenal didakwa melesapkan kira-kira RM26 juta hasil pelaburan 17,000 ahlinya sejak awal tahun lalu.

Berkonsepkan skim pelaburan piramid, restoran yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang itu menawarkan beberapa pakej pelaburan bermula dengan pakej emas serendah RM3,000 hingga platinum bernilai RM33,000 seunit.

Namun, penipuannya terbongkar apabila ada antara pelabur membuat laporan polis selepas tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan sejak Jun lalu.
- Harian Metro, 22 Dis 09.


Setiap keuntungan dan kejayaan yang hendak dicapai hendaklah dengan usaha dari titik peluh sendiri dan seharusnya terlibat secara langsung dalam urusan perniagaan itu. Berita di atas memberi pengajaran kepada kita semua, tiada jalan pintas untuk berjaya dan menjadi kaya. Dari setiap ringgit modal yang kita keluarkan, kita perlu tahu ke mana ianya disalurkan dan kita sanggup menanggung apa jua risiko di atas keputusan yang kita buat, sebab itu kita sanggup keluarkan modal seterusnya risiko yang kita akan hadapi telah kita buat perkiraan. Banyak yang boleh kita komen tentang laporan akhbar tersebut, tetapi yang pasti perniagaan yang diceburi diluar kawalan setiap individu yang melabur. Akibatnya penuh dengan persoalan dan tandatanya, bagi menjawab persoalan, apa yang telah terjadi? Maka, tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kecuali kekesalan pada diri sendiri.
www.tips-fb.com

Sunday, December 20, 2009

Kedai CekLee Collection Di Giant Plentong Johor

Alhamdulillah, kedai CekLee di Giant Plentong, Johor telah beroperasi dengan lancar. Pada masa ini kedai di Giant Plentong menjual produk seperti selipar/sandal wanita, tikar buluh, permaidani bulu, gebar, pakaian wanita dan kerongsang kartun.

Insyaallah, sebuah lagi (kedai kedua) Kedai CekLee Collection akan dibuka di Giant Plentong, Johor. Sekiranya semua berjalan lancar, kedai kedua di Giant Plentong ini akan dibuka pada 1 Februari 2010.
www.tips-fb.com

Penempatan Baru Kedai CekLee Collection di Giant Tampoi


Banyak perubahan telah berlaku beberapa minggu kebelakangan ini. Namun begitu perubahan tersebut adalah kepada kebaikan yang merancakkan lagi kedudukan Kedai CekLee Collection. Kedai CekLee Collection telah berpindah ke lokasi yang lebih strategik berbanding lokasi sebelum ini. Pengunjung-pengunjung ke Giant Tampoi lebih mudah untuk menemui Kedai CekLee Collection dengan melihat papan iklan (signboard) yang terdapat di kedai.
www.tips-fb.com

Saturday, December 12, 2009

Hargai Setiap Pemberian

Sekiranya kita mendapat pemberian ataupun apa juga bantuan dalam bentuk apa jua sekalipun amatlah dituntut kita mengucapkan terima kasih. Ucapkanlah terima kasih dengan ikhlas tidak kira dari siapa huluran bantuan itu, walaupun dari seorang kanak-kanak kecil. Ucapkanlah terima kasih, dan bersyukurlah kita pada Allah. Sekecil mana pun nikmat yang kita terima. www.tips-fb.com

Tuesday, December 8, 2009

Perkembangan Kedai CekLee

Sejak mula dibuka pada 01 Dis 09 yang lalu, Kedai CekLee di Giant Hypermart Plentong Johor mendapat sambutan yang menggalakkan. Pihak kami telah memperbanyakkan barang-barang yang boleh dipamerkan untuk jualan. Alhamdulillah, sambutan yang diberi telah membuatkan kami berusaha lebih kuat lagi untuk mempertingkatkan lagi produk dari segi kuantiti, kualiti dan kepelbagaian untuk kepuasan pembeli. www.tips-fb.com

Wednesday, December 2, 2009

Bulan Disember Yang Penuh Dengan Peluang

Alhamdullilah kita akan menghampiri penghujung tahun 2009. Bulan Disember ini kita perlu menganalisa diri kita dan membuat perancangan yang lebih baik untuk menghadapi tahun 2010. Kalau ikutkan analisa angka, tahun 2010 ini menggambarkan no 3 yang membawa kepada kepanasan, kekalutan dan pelbagai lagi yang tidak elok. Itu dari segi negativenya, dari segi positifnya pula ia membawa kepada lebih bersemangat, lebih membara dari segi kemahuan dan pantang menyerah kalah. Walau apa pun seperti kata orang, setiap kejatuhan orang yang telah lama berjaya itu ada peluang untuk yang belum berjaya untuk naik mengisi ruang yang telah dikosongkan, manakala setiap yang berjaya itu suatu hari akan jatuh juga dan kena mulakan dari bawah semula. Alam sekeliling kita telah banyak memberi pertunjuk, kitaran hidup, kitaran ekonomi, kitaran iklim dan lain-lain lagi. Kita tidak dapat melawan semua itu, melainkan terus berusaha dan terus berusaha lagi sehingga kita sudah tidak mampu untuk berfikir lagi. www.tips-fb.com

Tuesday, December 1, 2009

Kata-kata Semangat

`There's enough for everyone. If you believe it, if you can see it, if you act from it, it'll show up for you. That's the truth.' - Michael Bernard Beckwith, The Secret. www.tips-fb.com

Pembukaan Cawangan Kedai CekLee Collection di Giant Hypermart Plentong Johor

Alhamdulillah, kedai CekLee Collection yang ketiga telah berjaya dibuka pada hari ini 1hb Disember 2009. Segala puji-pujian dan kesyukuran pada Allah SWT yang tidak terkira limpahan nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan kepada hambanya. Impian kami untuk membuka 3 cawangan outlet perniagaan pada tahun 2009 telah tercapai. Insyaallah, kami akan kembangkan dan tingkatkan kemampuan kami dalam perniagaan ini pada tahun hadapan. Setelah kami mahir dalam bidang peruncitan (retail) ini, kami akan menembusi bidang pemborong (wholeseler) pula. Kami tidak dapat berkembang dengan cepat kerana masih terikat dengan kerja dan perniagaan ini dilakukan secara separuh masa (sebenarnya setiap masa, cuma diri kita sahaja tidak berada di lokasi perniagaan dengan begitu kerap). Banyak yang telah dipelajari dalam perniagaan ini dengan bermodalkan duit sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman serta tanpa pengalaman dan ilmu selok-belok perniagaan.

Pengalaman yang sukar ini telah banyak mengajar kami untuk terus bertahan dan mengenal hati budi manusia. Ada yang cuba menjatuhkan perniagaan ini dan ramai pula yang memberi semangat dan panduan serta nasihat. Kami berbekalkan semangat, sedikit modal, sedikit ilmu perniagaan dan kejujuran. Tidak lupa juga doa dari ibubapa, saudara-mara dan rakan-rakan. Mungkin ada yang sinis mengatakan untuk berjaya kita tidak boleh jujur sangat tetapi model konsep perniagaan yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW tetap menjadi pegangan kami. Tidak rugi kita bersifat jujur, ikhlas dan pemurah. Kejayaan masih jauh lagi, kami masih perlu berusaha lebih kuat dan bertindak lebih cepat di masa akan datang.

Pada peringkat permulaan ini, kedai CekLee Collection di Giant Hypermart Plentong akan menjual tikar buluh dan aneka selipar atau sandal wanita yang mudah dipakai dan trendy. Kami akan kemaskinikan gambar-gambar kedai dan produk yang dipamerkan sedikit masa lagi.
Y-E-S (Year End Sales) yang berlangsung sekarang, jemputlah singgah ke kedai CekLee Collection di Mydin Mall USJ Subang Jaya, Giant Hypermart Tampoi Johor dan Giant Hypermart Plentong Johor untuk membeli-belah.

www.tips-fb.com

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Idul Adha

CekLee Collection mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Qurban pada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Pada mereka yang menunaikan ibadah korban pada tahun ini, semoga ibadah yang berjaya dilaksanakan diterima Allah dan dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita pada Allah SWT. Insyaallah. www.tips-fb.com

Tuesday, November 24, 2009

Kata-Kata Semangat

'There is a big difference between giving and sacrificing. Giving from a heart that is overflowing feels so good. Sacrificing does not feel good. Don't confuse the two-they are diametrically apposed. One emits a signal of lack and the other emits a signal of more-than-enough. One feels good and one does not feel good. Sacrifice will eventually lead to resentment. Giving from a full heart is one of the most joyous things you can do, and the law of attraction will grab hold of the signal and flood even more into your life. You can feel the difference.'- Rhonda Byrne, The Secret. www.tips-fb.com

Aneka Tudung Terbaru di CekLee Collection

CekLee Collection di Mydin Mall USJ telah menambah tudung-tudung terbaru untuk memudahkan pengunjung membuat pilihan. Tudung Ariani, Siti Corak dan lain-lain lagi ada dijual di sini. Bagi memudahkan pembeli membuat pilihan, manequin (patung) yang telah dipakaikan sample tudung membolehkan pembeli melihat design (rekaan) tudung-tudung tersebut dengan lebih mudah. Foto-foto sample tudung-tudung ini akan dimuatkan ke blog ini di masa akan datang. Selamat membeli-belah di CekLee Collection. www.tips-fb.com

Monday, November 23, 2009

Kata-Kata Semangat

`Many people in Western culture are triving for success. They want the great home, they want their businesses to work, they want all these outer things. But what we found in our research is that having these outer things does not necessarily guarantee what we really want, which is happiness. So we go for these outer things thinking they're going to bring us happiness, but it's backward. You need to go for the inner joy, the inner peace, the inner vision first, and then all of the outer things appear.' - Marci Shimoff, The Secret. www.tips-fb.com

Friday, November 20, 2009

Kedai CekLee Collection Di Giant Hypermart Plentong


Insyaallah jika semua berjalan lancar, satu lagi cawangan kedai CekLee Collection akan dibuka di Giant Hypermart Plentong Johor. Cawangan Giant Plentong ini akan dibuka pada 01 Dis 2009 sepertimana yang dirancangkan. Kami mengharapkan mendapat sokongan anda semua yang setia dengan blog kami. Doakan kami berjaya...Aminnn.
www.tips-fb.com

Kata-Kata Semangat

`When you focus on lack and scarcity and what you don't have, you fuss about it with your family, you discuss it with your friends, you tell your children that you don't have enough - "We don't have enough for that, we can't afford that" - then you'll never be able to afford it, because you begin to attract more of what you don't have. If you want abundance, if you want prosperity, then focus on abundance. Focus on prosperity.' - Lisa Nichols, The Secret.

Kalau tak faham bahasa, rujuklah kamus, kita belajar bahasa Inggeris. Kalau tak faham maksudnya.....kita bincangkan. www.tips-fb.com

Thursday, November 19, 2009

Kata-Kata Semangat dan Berfikiran Positif

Mengikut kata-kata orang yang telah berjaya, sebelum mereka dapat mencapai kejayaan tersebut, ada satu perkara yang mereka perlu capai dahulu. Perkara pertama adalah mereka telah dapat mengubah cara berfikir sebagai persediaan untuk menerima kejayaan itu. Tanyalah sesiapa sahaja yang berjaya sekarang ini, apa yang keluar dari mulut mereka adalah perkara positif dan boleh meransangkan kejayaan itu sahaja. Mulai dari hari ini blog ini akan merakamkan hasil buah fikiran dari orang-orang yang dianggap berjaya dalam kehidupan mereka. Kejayaan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan kejayaan dari segi kewangan, perhubungan, kesihatan, kehidupan dan diri kita sendiri. Blog ini bukan bermaksud untuk menjadi pakar motivasi tetapi hanya untuk berkongsi apa yang kita ketahui untuk kebaikan diri penulis dan semua pembaca. Mana yang baik kita ikut dan perkara yang tidak baik kita jadikan sempadan.

`Gratitude is absolutely the way to bring more into your life' -Marci Shimoff, The Secret.

Apa juga yang kita alami pada hari ini dan akan datang, hendaklah kita bersyukur. Bersyukur pada apa yang kita ada sekarang, maka kita telah bersedia untuk menerima yang lebih baik di masa hadapan. www.tips-fb.com

Akta Sewa Beli Akan Dipinda

Suatu berita yang melegakan bagi pengguna agar kepentingan pengguna mendapat perlindungan dan hak yang lebih wajar. Selama ini apa juga perjanjian yang melibatkan institusi kewangan akan lebih berpihak kepada institusi tersebut manakala pihak pengguna boleh dikatakan tidak mempunyai pilihan selain daripada menerima apa saja yang ditawarkan. Bebannya akan dirasa oleh pengguna, dan ada pihak lain mengambil peluang ini untuk untuk menambahkan masalah kepada pengguna. Sebagai contoh pihak penarik kereta yang tak ada kena mengena dengan perjanjian sewa beli tetapi mendapat untung dari dasar yang tidak adil ini. Adalah diharapkan pindaan ini diusahakan jangan sekadar cakap-cakap kosong untuk tarik populariti sahaja. Sedikit petikan dari akhbar Kosmo:

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Sewa Beli ekoran berlakunya banyak tindakan keterlaluan oleh pihak bank terhadap pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran kenderaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan akta itu perlu dilaksanakan kerana Akta Sewa Beli sedia ada memberi terlalu banyak kebebasan kepada bank sehingga melakukan tindakan dengan mengenakan pelbagai caj kepada pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka.

"Sebagai contoh, apabila bank bertindak menarik kereta pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sewa beli, pengguna akan menghadapi pelbagai bayaran untuk menuntut semula kereta mereka.

"Antaranya ialah bayaran upah tarik kereta, bayaran tuntutan semula dan bayaran untuk menyimpan kereta pengguna," katanya selepas menghadiri mesyuarat antara KPDNKK dan 40 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) persatuan pengguna di sini semalam.
- KOSMO 19 Nov 2009. www.tips-fb.com

Wednesday, November 18, 2009

Lupakan Ah Long, Cari Saja AIM

Berita baik untuk usahawan-usahawan yang perlukan modal untuk mengembangkan perniagaan. Adalah diharapkan syarat yang dikenakan mudah dan boleh dipraktikkan. Sedikit petikan dari akhbar Kosmo:

"KUALA LUMPUR - Jika ada peniaga kecil atau ingin memulakan perniagaan tetapi berhadapan dengan kesukaran memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan, tahun depan adalah masa terbaik untuk mendapatkan bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Ini kerana AIM bakal mempunyai kantung modal lebih besar dengan meletak sasaran agihan pinjaman mikro sehingga RM1 bilion.

Jumlah itu adalah agihan dana terbesar dalam sejarah AIM yang pada tahun ini sudah mengagihkan peruntukan pinjaman sebanyak RM800 juta.

Pengarah Urusannya, Zabidah Ismail berkata, bagi menguruskan lebih ramai pelanggan, mereka akan menambah empat lagi cawangan daripada 86 buah yang ada sekarang.

"Cawangan baru itu akan dibuka di Johor dan Sarawak tahun depan,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil MS ISO 9001:2000 di sini semalam.

Selepas dua dekad, AIM berjaya menyediakan kemudahan pinjaman kepada lebih 230,000 usahawan kecil dengan pinjaman berjumlah lebih RM3.5 bilion.

--------------------------------------------------------------------------------

"Kami berupaya mendapat pembiayaan dari kerajaan dan berharap menerima peruntukan tambahan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),'' katanya.

Selain rakyat miskin di luar bandar, AIM juga menyediakan Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB) untuk warga kota dengan syarat pendapatan mereka di bawah RM2,000 sebulan.

PKMB merupakan pelengkap kepada kaedah mikro kredit ikhtiar yang memberi impak besar kepada program pengurangan kemiskinan di negara ini." Kosmo 18 Nov 2009.

atau layari http://www.aim.gov.my www.tips-fb.com

Tuesday, November 17, 2009

Aneka Tudung di Kedai CekLee Collection Mydin Mall USJ


Kedai CekLee Collection sedang dalam usaha memperbanyakkan jenis-jenis tudung untuk pilihan pembeli. Kami sedang menambah rekaan-rekaan tudung yang baru dengan corak dan kain yang menarik. Kami sentiasa peka dan sensitif dengan keperluan orang ramai terutamanya dari segi keselesaan dan harga.



Saudara dan saudari pembaca blog ini boleh mencadangkan rekabentuk atau model tudung baru yang sedang hangat di pasaran untuk kami pamirkan di Kedai CekLee Collection.

Setelah hampir setahun berkecimpung dalam penjualan tudung ini adalah dirasakan sekarang ini terasa ada kekosongan dalam rekabentuk terbaru di dalam pasaran. Mungkin tiada ikon tertentu untuk mempopularkan tudung-tudung ini. Tudung Ekin, Sheila Rusly dan Siti sudah agak lama berada dalam pasaran dan belum ada ikon baru yang dapat dikaitkan dengan tudung rekabentuk baru ini. Stok baru yang ada dalam pasaran pun masih berkisar pada jenis tudung-tudung tersebut cuma dibuat sedikit perubahan dan modifikasi.
www.tips-fb.com

Monday, November 16, 2009

Suasana Di Mydin Mall USJ, Subang Jaya


Beginilah keadaan bazaar di ruang legar berhampiran tempat letak kereta di Mydin Mall, USJ. Bermacam-macam barangan ada dijual di sini. Barangan di sini dijual oleh peniaga-peniaga bebas yang menyewa premis di Mydin Mall ini secara kontrak. Barangan yang dijual oleh pihak Mydin terletak di tingkat satu Mall ini.


Kedai CekLee Collection terletak bersebelahan dengan kedai menjual aneka permaidani. Di Kedai CekLee Collection ada menjual aneka jenis tudung, anak tudung, selendang, selipar / sandal tebal dan selipar nipis seperti foto di atas. Kedai CekLee Collection dekat dengan tiang `B3' bersebelahan dengan kedai permaidani.




Membeli belah di Mydin Mall ini tidak menjadi masalah kerana Mydin Mall menyediakan tempat meletak kenderaan yang cukup luas. Sekiranya tempat meletak kenderaan dalam bangunan penuh, terdapat tempat meletak kenderaan tidak berbumbung yang besar. Perkhidmatan ATM juga terdapat di sini, selain dari Maybank, juga terdapat AmBank, Bank Islam dan RHB Bank. Troli yang disediakan juga masih baru dan berfungsi dengan baik tidak menyukarkan kita untuk menolak barangan.


Kedai CekLee di Mydin Mall USJ ini memulaka perniagaan pada jam 10 pagi hingga jam 10.30 malam setiap hari. www.tips-fb.com

Friday, November 13, 2009

10 Jenis Pakaian Wanita Muslim Perlu Ada

Berikut adalah jenis pakaian yang agak sopan untuk dipakai oleh muslimah sebagai alternatif kepada baju kurung atau kebarung. Pakaian ini mengikut perkembangan fashion semasa, senang dipakai dan tidak banyak mengeluarkan belanja. Video yang dipaparkan ini sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan. Kebanyakan pakaian yang ada di dalam video ini boleh di dapati di Kedai CekLee Collection di Giant Tampoi, Johor.



Selamat Mencuba...... www.tips-fb.com

Mata Menawan Pasti Orang Hilang Akal Dengan Penampilan Anda

Produk terbaru dipasaran (entah kat mana) yang boleh membuatkan mata anda menjadi lebih kuyu dan layu. Bulu mata panjang melampau ini juga boleh digunakan untuk menggantikan kipas angin. Ianya juga boleh mengelakkan jeragat di pipi kerana sifatnya sebagai pelindung dari sinaran ultra lembayung. Tetapi mungkin juga pipi jadi berbelang pun ada....he he he....my baby....come to me....look into my eyes.....

www.tips-fb.com

Restoran `Mamak' Bukan Islam

Berita hari ini pasti membuka mata semua orang bagaimana warga asing mempergunakan warga tempatan dalam mengembangkan perniagaan di Malaysia. Walau pun tidak dinyatakan kerakyatan atau bangsa yang terlibat tetapi amat sedih bangsa Malaysia terutamanya kaum Melayu membiarkan diri dipergunakan untuk kemajuan bangsa lain. Di mata kasar memang berniaga itu tidak sukar tetapi sekiranya dikaji secara terperinci ianya sesuatu bidang yang amat mencabar bukan kerana tak cukup ilmu tetapi dasar kerajaan yang kurang jelas dan pemantauan yang tidak cekap telah membuatkan anak tempatan begitu terpinggir. Walaupun tidak menjurus secara langsung dengan topik ini tetapi inilah wajah Malaysia yang ada pada hari ini. Sedikit petikan akhbar berkenaan isu di atas:

‘Mamak’ tidak tahu mengucap
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran ‘mamak’ muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.

Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.

Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.

Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.

Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan. www.tips-fb.com

Thursday, November 12, 2009

Mydin Mall USJ, Subang Jaya




Berikut adalah serba sedikit maklumat tentang Mydin Mall USJ, Subang Jaya. Mydin Mall USJ sentiasa menggalakkan barangan buatan Malaysia seperti yang terdapat dalam video di atas. Kempen Barangan Buatan Malaysia telah di berlangsung pada 16 Jan 09 yang lalu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, YAB Dato Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi. Terima kasih kepada Stoneads di atas video2 di atas.

www.tips-fb.com

Pakaian Wanita


Pakaian wanita yang terdapat di CekLee Collection terdiri dari blouse, kimono dress, t-shirt, seluar, inner, tube, jaket, cardigan dan lain-lain lagi mengikut citarasa pembeli. Kami juga menyediakan blouse sesuai untuk wanita yang bersaiz XXL. Harga pakaian di kedai CekLee Collection tidak mahal bermula dari RM 5 ke atas. Buat masa ini pakaian wanita hanya dijual di CekLee Collection Giant Hypermarket Tampoi, Johor.
www.tips-fb.com

Wednesday, November 11, 2009

Natural Looking Make-up Tutorial

www.tips-fb.com

Alat Solek (Make-up) di Kedai CekLee Collection




Kedai CekLee Collection cawangan Mydin Hypermart USJ, Subang Jaya, ada menjual alat solek dari jenama MAC dan Maybelline. Dari gincu bibir, pembayang mata, bedak asas, bedak kompak, celak, maskara, eyeliners, blusher dan lain-lain lagi. Juga terdapat bulu mata palsu dan pengilat kuku. Harga untuk setiap barangan dari RM 5 ke atas.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Cik Anis: 016-2583565
Cik Sal: 012-6862936
Encik Azeri pun boleh: 012-9058408
www.tips-fb.com

Tuesday, November 10, 2009

Magnet Hiasan

Selain dari Brooch atau kerongsang kartun, di Kedai CekLee Collection ada juga dijual magnet hiasan karektor kartun, makanan dan buah-buahan. Magnet ini sesuai diletakkan dipejabat sebagai pelekat untuk nota atau sekadar untuk hiasan.



www.tips-fb.com

Aneka Brooch / Kerongsang Kartun


Di Kedai CekLee Collection juga terdapat brooch atau kerongsang karektor kartun yang menarik. Selain dari karektor kartun ini, terdapat juga bentuk buah-buahan dan makanan.
www.tips-fb.com

CekLee Collection di Giant Tampoi, Johor

Kedai CekLee Collection terletak di New Wing, Giant Hypermarket Tampoi, Johor. Agak selesa di sini terdapat beranika produk ada dijual di sini dan membeli belah dalam keadaan tenang. Di New Wing ini terdapat ruang legar yang luas untuk pengunjung berehat setelah penat membeli belah. Terdapat juga pentas utama yang mengadakan promosi dan pertunjukan pentas.


Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak `organiser' di ruang legar ini. Di antaranya pertandingan melukis untuk kanak-kanak, pertunjukan fashion, pertandingan karaoke dan lain-lain lagi. Sekiranya tidak ada pertunjukan, kanak-kanak atau orang dewasa akan berasa selesa untuk mencuba permainan skate board di ruang legar ini. Sekiranya terasa penat dan letih boleh mendapatkan rawatan kaki di spa ikan dan mengurut kaki di sini.


Salah satu pertunjukan atau pertandingan yang diadakan di Giant Tampoi adalah seperti video di bawah. Amat menarik dan sungguh berbakat remaja di Johor ini.



Amat mudah untuk kesini dan ruang meletak kenderaan juga banyak. Silalah berkunjung ke Giant Hypermaket Tampoi, Johor dan singgahlah di Kedai CekLee Collection di New Wing.
www.tips-fb.com

Monday, November 9, 2009













Salam sejahtera,

Kedai CekLee Collection ada mempamerkan pelbagai jenis selipar wanita yang boleh digunakan untuk harian. Selipar-selipar atau sandal ini di datangkan dengan dua jenis tapak iaitu nipis dan tebal. Tapak nipis adalah seperti selipar yang kita biasa pakai seperti selipar jepun jika dibuat perbandingan ketebalannya manakala tapak tebal adalah lebih kurang 1.5 inci ketebalan. Selipar tebal ini amat semui untuk wanita atau awek-awek remaja yang ingin kelihatan tinggi. Terdapat pelbagai saiz seperti S, M, L dan XL. Warna-warna yang disediakan juga amat menarik dengan corak-corak yang memukau. Terdapat juga warna-warna klasik seperti hitam dan coklat. Harga bagi selipar-selipar ini adalah dalam lingkungan dari RM 10 hingga RM 30.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Encik Azeri: 012-9058408 (di Mydin Hypermarket USJ, Subang Jaya).

Encik Rasid: 013-7806300 ( di Giant Hypermarket Tampoi, Johor).





www.tips-fb.com

Selipar Wanita Terbaru di CekLee Collection



Salam Sejahtera.


Kedai CekLee Collection sedang mempamirkan untuk jualan pelbagai jenis selipar wanita sedia untuk dipakai (ready wear). Selipar ini didatangkan dengan rekabentuk yang agak sama tetapi mempunyai corak dan warna yang pelbagai. Harga sepasang selipar ini adalah di dalam lingkungan RM 10 hingga RM 30. Terdapat saiz-saiz yang berbeza untuk keperluan anda seperti S, M, L dan XL. Untuk pelanggan yang bersaiz kaki besar boleh cuba, rasanya muat. Warna-warna dan patern yang ada amat menarik tetapi ramai pelanggan yang tidak berani ambil risiko dan memilih warna hitam. Kalau dicuba warna ungu (purple), coklat dan bercorak juga amat manarik kalau disarungkan pada kaki.



Selipar-selipar ini boleh di dapati di Kedai CekLee Collection di Giant Hypermarket Tampoi, Johor dan Mydin Hypermarket USJ, Subang Jaya.



Pertanyaan lanjut boleh hubungi:


Boleh hubungi Encik Azeri: 012-9058408 (Mydin Hypermarket USJ, Subang Jaya).

Encik Rasid: 013-7806300 (Giant Hypermarket Tampoi, Johor).
www.tips-fb.com

Bunga-Bungaan di CekLee Collection











Kedai CekLee Collection menjual pelbagai bunga kering yang telah diawet untuk hiasan dalaman rumah mahu pun pejabat. Terdapat pelbagai warna dan rekabentuk bunga-bungaan ini. Harganya dari RM 1.50 hingga RM 6.00 setangkai. Bunga-bunga ini dipadankan dengan ranting-ranting kayu, daun-daun kering dan juga terdapat pelbagai jenis rumput untuk menambahkan seri hiasan. Bahan-bahan asas yang digunakan untuk membuat bunga-bungaan ini adalah dari sayur-sayuran, daun-daun seperti daun kelapa, daun getah, petola dan pelbagai lagi bahan yang kita tidak sangka. Amat kagum kalau diteliti hasil kreativiti pembuat bunga tersebut. Bunga-bunga ini amat menarik kerana warnanya amat terang dan amat sesuai untuk dijadikan bahan `contrast' pada ruang yang agak hambar. Maklumlah kalau hendak tukar sofa atau perabut memakan banyak belanja juga. Lebih elok ditambah seri ruang itu dengan menambah perhiasan bunga-bunga yang warnya boleh menaik seri.
www.tips-fb.com

Wednesday, November 4, 2009

Kedai CekLee Collection di Giant Hypermarkat Tampoi, Johor


PS17A, Giant Hypermarket Tampoi,
Lot 54, Jalan Skudai, 82100 Tampoi, Johor Darul Takzim.
www.tips-fb.com

Kedai CekLee Collection di Mydin Hypermarket USJ Subang Jaya


Ground Floor, Mydin Hypermarket, Persiaran Subang Permai, USJ 1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
www.tips-fb.com

Selamat datang ke kedai CekLee Collection yang mempromosikan barangan seperti pakaian wanita, selipar wanita, aneka tudung, bunga-bunga kering, alat solek dan aneka brooch kartun. Kami juga menjual tikar buluh dan pelbagai perhiasan bermagnet.
www.tips-fb.com