Monday, December 28, 2009

Warga Asing Bermaharajalela Berniaga Tanpa Gangguan


Petikan dari Akhbar Harian Metro, Isnin, 28 Disember 2009:

e-mel anda: Peniaga warga asing di Kulai ‘melampau’

SAYA tidak tahu lagi di mana hendak membuat aduan. Saya sudah pergi ke Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Kulaijaya, namun tiada tindakan diambil ke atas peniaga warga Bangladesh di Taman Putri, Kulai, Johor.

Mereka mengganggu perniagaan saya sebagai seorang warga tempatan. Saya percaya mereka dilindungi pihak tertentu dan ini membuatkan mereka semakin berani kerana sudah lama tinggal di Kulai.

Ada di antara mereka membuka perniagaan menggunakan nama isteri warga tempatan, tetapi menggaji warga asing. Lebih menghairankan saya, ada warga asing boleh membuka perniagaan walaupun berstatus bujang di Malaysia dan membawa saudara-mara mereka bekerja bersama.

Saya percaya ada pihak tertentu membantu mereka menjalankan perniagaan dengan menyalahgunakan visa. Sebagai rakyat Malaysia, adakah ini adil dan adakah saya sebagai rakyat tempatan harus mengemis di negara sendiri?

Lebih mengecewakan, segelintir rakyat tempatan lebih suka melindungi warga asing daripada warga tempatan sendiri. Warga asing membantu sesama mereka membuka perniagaan dan bersama mencuba menutup perniagaan warga tempatan dengan membuat pelbagai aduan palsu kepada pihak berkuasa.

Pada masa sama, mereka bermaharajalela melanggar undang-undang Malaysia. Di mana keadilan saya sebagai warga tempatan dan adakah sebagai seorang rakyat tempatan saya tiada mempunyai hak untuk bersuara?

Untuk mengesahkan apa yang saya nyatakan, turunlah ke Kulai, Johor dan lihat sendiri aktiviti warga asing. Di situ kedai yang diusahakan warga asing tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

PENIAGA KESAL,
Kulai, Johor.

-Harian Metro, Isnin, 28 Disember 2009-

Komen:

Kekesalan `peniaga kesal' dari Kulai, Johor ini dapat dirasai oleh semua peniaga bumiputera di seluruh Malaysia. Depan mata kita sendiri, kita boleh lihat mereka monopoli produk-produk tertentu di pasaran seperti tekstil, tikar, permaidani, perabot dan banyak lagi. Malahan tapak-tapak perniagaan juga dimonopoli oleh warga asing ini secara konsisten. Menjadi lebih kesal apabila wanita tempatan digunakan sebagai penama untuk perniagaan ini bagi membolehkan mereka bertapak dan membawa masuk selagi ada orang kampung mereka ke Malaysia. Hypermarket besar juga menggalakkan mereka ini walaupun kononnya selalu mengadakan promosi belilah barangan buatan Malaysia. Tidak perlu diberitahu Hypermarket yang mana, kita sendiri boleh tengok siapa paling ramai berniaga di situ. Suku sakat mereka juga. Pada pihak berkuasa yang rasa diri mereka mahu senang dengan cara membantu mereka ini, harap dapat sedarlah dari sekarang agar hak kita dan peluang yang ada, tidak tergadai dan tidak dapat dikembalikan semula lagi. Kita sudah hilang peluang di Jalan Tunku Abd Rahman dan Cow Kit pada orang asing. Sungguh malang nasib bumiputera di negara sendiri, selalu dimomokkan tidak rajin berusaha dan tidak merebut peluang. Sebenarnya apa juga nilai yang ada pada warga asing ini ada pada bumiputera dan juga semangat juangnya dalam perniagaan ini. Cuma peniaga bumiputera ini rasa teraniaya kerana mereka telah dikhianati oleh bangsa mereka sendiri kerana mahu cepat kaya dan mahu senang dengan jalan mudah. Adakah semua ini akan melemahkan semangat kami peniaga bumiputera? Tidak sama sekali! Seratus peratus percaya rezeki datang dari Allah SWT, dan selagi kita berusaha dengan ikhlas, jujur dan bijaksana, peluang itu tetap ada....Insyaallah.
www.tips-fb.com

3 comments:

  1. Ceklee kalau komettak jalan elok lapor pada TV3, sekrang ni TV3 nampaknya lebih esuai sebagai medium mengadu. Kata orang mat apen alebih tajam dari pedang

    ReplyDelete
  2. hal macam ni juda berlaku di tanah arab saudi, kalau tengok di mekah sekarang ni bahasa indon dah jadi bahasa ke-3 penting di sana, karena peniaga ramai org depa, so jgn le plak nanti di m'sia dah jadi mcm madras atau karaci kan..sedih le kan..dah le skrg ni semua dok makan roti cengnai dengan ayaq tea

    ReplyDelete
  3. Rasanya TV3 telah buat liputan melalui program 360 berkenaan pasar borong selayang dimonopoli warga Myanmar. Kami tidak mahu tumpu sangat kepada masalah ini dan kami akan lebihkan fokus kami pada perniagaan yang ada sekarang dan rancangan untuk perkembangannya. Kami juga ada kekuatan yang boleh diketengahkan dan kekurangan yang ada, kami akan baiki. Yang penting kita buat kerja dengan jujur dan ikhlas dan tidak menzalimi orang lain.

    ReplyDelete