Sunday, December 20, 2009

Kedai CekLee Collection Di Giant Plentong Johor

Alhamdulillah, kedai CekLee di Giant Plentong, Johor telah beroperasi dengan lancar. Pada masa ini kedai di Giant Plentong menjual produk seperti selipar/sandal wanita, tikar buluh, permaidani bulu, gebar, pakaian wanita dan kerongsang kartun.

Insyaallah, sebuah lagi (kedai kedua) Kedai CekLee Collection akan dibuka di Giant Plentong, Johor. Sekiranya semua berjalan lancar, kedai kedua di Giant Plentong ini akan dibuka pada 1 Februari 2010.
www.tips-fb.com

Penempatan Baru Kedai CekLee Collection di Giant Tampoi


Banyak perubahan telah berlaku beberapa minggu kebelakangan ini. Namun begitu perubahan tersebut adalah kepada kebaikan yang merancakkan lagi kedudukan Kedai CekLee Collection. Kedai CekLee Collection telah berpindah ke lokasi yang lebih strategik berbanding lokasi sebelum ini. Pengunjung-pengunjung ke Giant Tampoi lebih mudah untuk menemui Kedai CekLee Collection dengan melihat papan iklan (signboard) yang terdapat di kedai.
www.tips-fb.com

Saturday, December 12, 2009

Hargai Setiap Pemberian

Sekiranya kita mendapat pemberian ataupun apa juga bantuan dalam bentuk apa jua sekalipun amatlah dituntut kita mengucapkan terima kasih. Ucapkanlah terima kasih dengan ikhlas tidak kira dari siapa huluran bantuan itu, walaupun dari seorang kanak-kanak kecil. Ucapkanlah terima kasih, dan bersyukurlah kita pada Allah. Sekecil mana pun nikmat yang kita terima. www.tips-fb.com

Tuesday, December 8, 2009

Perkembangan Kedai CekLee

Sejak mula dibuka pada 01 Dis 09 yang lalu, Kedai CekLee di Giant Hypermart Plentong Johor mendapat sambutan yang menggalakkan. Pihak kami telah memperbanyakkan barang-barang yang boleh dipamerkan untuk jualan. Alhamdulillah, sambutan yang diberi telah membuatkan kami berusaha lebih kuat lagi untuk mempertingkatkan lagi produk dari segi kuantiti, kualiti dan kepelbagaian untuk kepuasan pembeli. www.tips-fb.com

Wednesday, December 2, 2009

Bulan Disember Yang Penuh Dengan Peluang

Alhamdullilah kita akan menghampiri penghujung tahun 2009. Bulan Disember ini kita perlu menganalisa diri kita dan membuat perancangan yang lebih baik untuk menghadapi tahun 2010. Kalau ikutkan analisa angka, tahun 2010 ini menggambarkan no 3 yang membawa kepada kepanasan, kekalutan dan pelbagai lagi yang tidak elok. Itu dari segi negativenya, dari segi positifnya pula ia membawa kepada lebih bersemangat, lebih membara dari segi kemahuan dan pantang menyerah kalah. Walau apa pun seperti kata orang, setiap kejatuhan orang yang telah lama berjaya itu ada peluang untuk yang belum berjaya untuk naik mengisi ruang yang telah dikosongkan, manakala setiap yang berjaya itu suatu hari akan jatuh juga dan kena mulakan dari bawah semula. Alam sekeliling kita telah banyak memberi pertunjuk, kitaran hidup, kitaran ekonomi, kitaran iklim dan lain-lain lagi. Kita tidak dapat melawan semua itu, melainkan terus berusaha dan terus berusaha lagi sehingga kita sudah tidak mampu untuk berfikir lagi. www.tips-fb.com

Tuesday, December 1, 2009

Kata-kata Semangat

`There's enough for everyone. If you believe it, if you can see it, if you act from it, it'll show up for you. That's the truth.' - Michael Bernard Beckwith, The Secret. www.tips-fb.com

Pembukaan Cawangan Kedai CekLee Collection di Giant Hypermart Plentong Johor

Alhamdulillah, kedai CekLee Collection yang ketiga telah berjaya dibuka pada hari ini 1hb Disember 2009. Segala puji-pujian dan kesyukuran pada Allah SWT yang tidak terkira limpahan nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan kepada hambanya. Impian kami untuk membuka 3 cawangan outlet perniagaan pada tahun 2009 telah tercapai. Insyaallah, kami akan kembangkan dan tingkatkan kemampuan kami dalam perniagaan ini pada tahun hadapan. Setelah kami mahir dalam bidang peruncitan (retail) ini, kami akan menembusi bidang pemborong (wholeseler) pula. Kami tidak dapat berkembang dengan cepat kerana masih terikat dengan kerja dan perniagaan ini dilakukan secara separuh masa (sebenarnya setiap masa, cuma diri kita sahaja tidak berada di lokasi perniagaan dengan begitu kerap). Banyak yang telah dipelajari dalam perniagaan ini dengan bermodalkan duit sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman serta tanpa pengalaman dan ilmu selok-belok perniagaan.

Pengalaman yang sukar ini telah banyak mengajar kami untuk terus bertahan dan mengenal hati budi manusia. Ada yang cuba menjatuhkan perniagaan ini dan ramai pula yang memberi semangat dan panduan serta nasihat. Kami berbekalkan semangat, sedikit modal, sedikit ilmu perniagaan dan kejujuran. Tidak lupa juga doa dari ibubapa, saudara-mara dan rakan-rakan. Mungkin ada yang sinis mengatakan untuk berjaya kita tidak boleh jujur sangat tetapi model konsep perniagaan yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW tetap menjadi pegangan kami. Tidak rugi kita bersifat jujur, ikhlas dan pemurah. Kejayaan masih jauh lagi, kami masih perlu berusaha lebih kuat dan bertindak lebih cepat di masa akan datang.

Pada peringkat permulaan ini, kedai CekLee Collection di Giant Hypermart Plentong akan menjual tikar buluh dan aneka selipar atau sandal wanita yang mudah dipakai dan trendy. Kami akan kemaskinikan gambar-gambar kedai dan produk yang dipamerkan sedikit masa lagi.
Y-E-S (Year End Sales) yang berlangsung sekarang, jemputlah singgah ke kedai CekLee Collection di Mydin Mall USJ Subang Jaya, Giant Hypermart Tampoi Johor dan Giant Hypermart Plentong Johor untuk membeli-belah.

www.tips-fb.com