Wednesday, December 2, 2009
Bulan Disember Yang Penuh Dengan Peluang
Alhamdullilah kita akan menghampiri penghujung tahun 2009. Bulan Disember ini kita perlu menganalisa diri kita dan membuat perancangan yang lebih baik untuk menghadapi tahun 2010. Kalau ikutkan analisa angka, tahun 2010 ini menggambarkan no 3 yang membawa kepada kepanasan, kekalutan dan pelbagai lagi yang tidak elok. Itu dari segi negativenya, dari segi positifnya pula ia membawa kepada lebih bersemangat, lebih membara dari segi kemahuan dan pantang menyerah kalah. Walau apa pun seperti kata orang, setiap kejatuhan orang yang telah lama berjaya itu ada peluang untuk yang belum berjaya untuk naik mengisi ruang yang telah dikosongkan, manakala setiap yang berjaya itu suatu hari akan jatuh juga dan kena mulakan dari bawah semula. Alam sekeliling kita telah banyak memberi pertunjuk, kitaran hidup, kitaran ekonomi, kitaran iklim dan lain-lain lagi. Kita tidak dapat melawan semua itu, melainkan terus berusaha dan terus berusaha lagi sehingga kita sudah tidak mampu untuk berfikir lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cek lee room ni dah sawang le tak update
ReplyDeleteejaan december tu salah le cek lee
Terima kasih di atas pandangan.Agak sibuk sekarang, tapi kami tetap update sekurang-kurangnya wajah baru. Tentang ejaan disember tu, silalah rujuk kamus dewan, apa-apa kamus bahasa melayu-Inggeris pun boleh.
ReplyDelete