Tuesday, December 1, 2009

Pembukaan Cawangan Kedai CekLee Collection di Giant Hypermart Plentong Johor

Alhamdulillah, kedai CekLee Collection yang ketiga telah berjaya dibuka pada hari ini 1hb Disember 2009. Segala puji-pujian dan kesyukuran pada Allah SWT yang tidak terkira limpahan nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan kepada hambanya. Impian kami untuk membuka 3 cawangan outlet perniagaan pada tahun 2009 telah tercapai. Insyaallah, kami akan kembangkan dan tingkatkan kemampuan kami dalam perniagaan ini pada tahun hadapan. Setelah kami mahir dalam bidang peruncitan (retail) ini, kami akan menembusi bidang pemborong (wholeseler) pula. Kami tidak dapat berkembang dengan cepat kerana masih terikat dengan kerja dan perniagaan ini dilakukan secara separuh masa (sebenarnya setiap masa, cuma diri kita sahaja tidak berada di lokasi perniagaan dengan begitu kerap). Banyak yang telah dipelajari dalam perniagaan ini dengan bermodalkan duit sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman serta tanpa pengalaman dan ilmu selok-belok perniagaan.

Pengalaman yang sukar ini telah banyak mengajar kami untuk terus bertahan dan mengenal hati budi manusia. Ada yang cuba menjatuhkan perniagaan ini dan ramai pula yang memberi semangat dan panduan serta nasihat. Kami berbekalkan semangat, sedikit modal, sedikit ilmu perniagaan dan kejujuran. Tidak lupa juga doa dari ibubapa, saudara-mara dan rakan-rakan. Mungkin ada yang sinis mengatakan untuk berjaya kita tidak boleh jujur sangat tetapi model konsep perniagaan yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW tetap menjadi pegangan kami. Tidak rugi kita bersifat jujur, ikhlas dan pemurah. Kejayaan masih jauh lagi, kami masih perlu berusaha lebih kuat dan bertindak lebih cepat di masa akan datang.

Pada peringkat permulaan ini, kedai CekLee Collection di Giant Hypermart Plentong akan menjual tikar buluh dan aneka selipar atau sandal wanita yang mudah dipakai dan trendy. Kami akan kemaskinikan gambar-gambar kedai dan produk yang dipamerkan sedikit masa lagi.
Y-E-S (Year End Sales) yang berlangsung sekarang, jemputlah singgah ke kedai CekLee Collection di Mydin Mall USJ Subang Jaya, Giant Hypermart Tampoi Johor dan Giant Hypermart Plentong Johor untuk membeli-belah.

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment