Suatu berita yang melegakan bagi pengguna agar kepentingan pengguna mendapat perlindungan dan hak yang lebih wajar. Selama ini apa juga perjanjian yang melibatkan institusi kewangan akan lebih berpihak kepada institusi tersebut manakala pihak pengguna boleh dikatakan tidak mempunyai pilihan selain daripada menerima apa saja yang ditawarkan. Bebannya akan dirasa oleh pengguna, dan ada pihak lain mengambil peluang ini untuk untuk menambahkan masalah kepada pengguna. Sebagai contoh pihak penarik kereta yang tak ada kena mengena dengan perjanjian sewa beli tetapi mendapat untung dari dasar yang tidak adil ini. Adalah diharapkan pindaan ini diusahakan jangan sekadar cakap-cakap kosong untuk tarik populariti sahaja. Sedikit petikan dari akhbar Kosmo:
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Sewa Beli ekoran berlakunya banyak tindakan keterlaluan oleh pihak bank terhadap pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran kenderaan mereka.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan akta itu perlu dilaksanakan kerana Akta Sewa Beli sedia ada memberi terlalu banyak kebebasan kepada bank sehingga melakukan tindakan dengan mengenakan pelbagai caj kepada pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka.
"Sebagai contoh, apabila bank bertindak menarik kereta pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sewa beli, pengguna akan menghadapi pelbagai bayaran untuk menuntut semula kereta mereka.
"Antaranya ialah bayaran upah tarik kereta, bayaran tuntutan semula dan bayaran untuk menyimpan kereta pengguna," katanya selepas menghadiri mesyuarat antara KPDNKK dan 40 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) persatuan pengguna di sini semalam.
- KOSMO 19 Nov 2009.
Thursday, November 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment