Thursday, November 19, 2009

Kata-Kata Semangat dan Berfikiran Positif

Mengikut kata-kata orang yang telah berjaya, sebelum mereka dapat mencapai kejayaan tersebut, ada satu perkara yang mereka perlu capai dahulu. Perkara pertama adalah mereka telah dapat mengubah cara berfikir sebagai persediaan untuk menerima kejayaan itu. Tanyalah sesiapa sahaja yang berjaya sekarang ini, apa yang keluar dari mulut mereka adalah perkara positif dan boleh meransangkan kejayaan itu sahaja. Mulai dari hari ini blog ini akan merakamkan hasil buah fikiran dari orang-orang yang dianggap berjaya dalam kehidupan mereka. Kejayaan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan kejayaan dari segi kewangan, perhubungan, kesihatan, kehidupan dan diri kita sendiri. Blog ini bukan bermaksud untuk menjadi pakar motivasi tetapi hanya untuk berkongsi apa yang kita ketahui untuk kebaikan diri penulis dan semua pembaca. Mana yang baik kita ikut dan perkara yang tidak baik kita jadikan sempadan.

`Gratitude is absolutely the way to bring more into your life' -Marci Shimoff, The Secret.

Apa juga yang kita alami pada hari ini dan akan datang, hendaklah kita bersyukur. Bersyukur pada apa yang kita ada sekarang, maka kita telah bersedia untuk menerima yang lebih baik di masa hadapan. www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment