Monday, November 9, 2009

Bunga-Bungaan di CekLee Collection











Kedai CekLee Collection menjual pelbagai bunga kering yang telah diawet untuk hiasan dalaman rumah mahu pun pejabat. Terdapat pelbagai warna dan rekabentuk bunga-bungaan ini. Harganya dari RM 1.50 hingga RM 6.00 setangkai. Bunga-bunga ini dipadankan dengan ranting-ranting kayu, daun-daun kering dan juga terdapat pelbagai jenis rumput untuk menambahkan seri hiasan. Bahan-bahan asas yang digunakan untuk membuat bunga-bungaan ini adalah dari sayur-sayuran, daun-daun seperti daun kelapa, daun getah, petola dan pelbagai lagi bahan yang kita tidak sangka. Amat kagum kalau diteliti hasil kreativiti pembuat bunga tersebut. Bunga-bunga ini amat menarik kerana warnanya amat terang dan amat sesuai untuk dijadikan bahan `contrast' pada ruang yang agak hambar. Maklumlah kalau hendak tukar sofa atau perabut memakan banyak belanja juga. Lebih elok ditambah seri ruang itu dengan menambah perhiasan bunga-bunga yang warnya boleh menaik seri.
www.tips-fb.com

1 comment:

  1. waaaaaaa,,lawa la bunga-bunga tu cek lee..nak jugak le bole ke...

    ReplyDelete