Monday, November 16, 2009
Suasana Di Mydin Mall USJ, Subang Jaya
Beginilah keadaan bazaar di ruang legar berhampiran tempat letak kereta di Mydin Mall, USJ. Bermacam-macam barangan ada dijual di sini. Barangan di sini dijual oleh peniaga-peniaga bebas yang menyewa premis di Mydin Mall ini secara kontrak. Barangan yang dijual oleh pihak Mydin terletak di tingkat satu Mall ini.
Kedai CekLee Collection terletak bersebelahan dengan kedai menjual aneka permaidani. Di Kedai CekLee Collection ada menjual aneka jenis tudung, anak tudung, selendang, selipar / sandal tebal dan selipar nipis seperti foto di atas. Kedai CekLee Collection dekat dengan tiang `B3' bersebelahan dengan kedai permaidani.
Membeli belah di Mydin Mall ini tidak menjadi masalah kerana Mydin Mall menyediakan tempat meletak kenderaan yang cukup luas. Sekiranya tempat meletak kenderaan dalam bangunan penuh, terdapat tempat meletak kenderaan tidak berbumbung yang besar. Perkhidmatan ATM juga terdapat di sini, selain dari Maybank, juga terdapat AmBank, Bank Islam dan RHB Bank. Troli yang disediakan juga masih baru dan berfungsi dengan baik tidak menyukarkan kita untuk menolak barangan.
Kedai CekLee di Mydin Mall USJ ini memulaka perniagaan pada jam 10 pagi hingga jam 10.30 malam setiap hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah makin meriah le cek lee
ReplyDelete