Wednesday, November 18, 2009

Lupakan Ah Long, Cari Saja AIM

Berita baik untuk usahawan-usahawan yang perlukan modal untuk mengembangkan perniagaan. Adalah diharapkan syarat yang dikenakan mudah dan boleh dipraktikkan. Sedikit petikan dari akhbar Kosmo:

"KUALA LUMPUR - Jika ada peniaga kecil atau ingin memulakan perniagaan tetapi berhadapan dengan kesukaran memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan, tahun depan adalah masa terbaik untuk mendapatkan bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Ini kerana AIM bakal mempunyai kantung modal lebih besar dengan meletak sasaran agihan pinjaman mikro sehingga RM1 bilion.

Jumlah itu adalah agihan dana terbesar dalam sejarah AIM yang pada tahun ini sudah mengagihkan peruntukan pinjaman sebanyak RM800 juta.

Pengarah Urusannya, Zabidah Ismail berkata, bagi menguruskan lebih ramai pelanggan, mereka akan menambah empat lagi cawangan daripada 86 buah yang ada sekarang.

"Cawangan baru itu akan dibuka di Johor dan Sarawak tahun depan,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil MS ISO 9001:2000 di sini semalam.

Selepas dua dekad, AIM berjaya menyediakan kemudahan pinjaman kepada lebih 230,000 usahawan kecil dengan pinjaman berjumlah lebih RM3.5 bilion.

--------------------------------------------------------------------------------

"Kami berupaya mendapat pembiayaan dari kerajaan dan berharap menerima peruntukan tambahan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),'' katanya.

Selain rakyat miskin di luar bandar, AIM juga menyediakan Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB) untuk warga kota dengan syarat pendapatan mereka di bawah RM2,000 sebulan.

PKMB merupakan pelengkap kepada kaedah mikro kredit ikhtiar yang memberi impak besar kepada program pengurangan kemiskinan di negara ini." Kosmo 18 Nov 2009.

atau layari http://www.aim.gov.my www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment